Asy Syams (Matahari)

1. Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,

2. dan bulan apabila mengiringinya,

3. dan siang apabila menampakkannya,

4. dan malam apabila menutupinya,

Perumpamaan insan ketika mula menerima hidayah samalah seperti terbitnya matahari di waktu pagi. Semakin tinggi akal fikiran, semakin cerah hati melihat petunjukNya. Hati yang terang akan memancarkan kejernihan wajah. Wajah ini akan bersinar seperti bulan menerima pantulan cahaya matahari. Hati yang terang semakin nampak banyak tanda-tanda Kekuasaan Tuhan. Ketika itu hati hanya memuji-mujiNya. Sebaliknya hati yang gelap laksana malam akan menutupi petunjuk-petunjuk Allah. Akibatnya orang yang gelap hati akan menjadi ragu-ragu seperti mana kita berjalan dalam kegelapan dengan teraba-raba.

5. dan langit serta pembinaannya,

6. dan bumi serta penghamparannya,

7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),

Langit mempunyai peringkat-peringkat dan lapisannya. Samalah seperti fikiran kita yang berlapis-lapis. Semakin kita rajin berfikir, Allah akan membina pemikiran kita agar menjadi tinggi dan luas. Pemikiran yang tinggi akan melapangkan dada. Sebab itu orang yang bijak dan berhikmah, mudah menerima pendapat orang lain. Hati yang lapang penuh dengan kesabaran dan ketenangan. Seperti tenang kita melihat sawah padi yang terhampar menghijau. Hati yang mecapai ketenangan itu hati yang sempurna. Hati atau jiwa beginilah yang diidamkan oleh golongan beriman agar syurga semakin didekatkan.

8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Setiap jiwa akan diilhamkan untuk memilih sama ada untuk membuat dosa (fasik) atau takut berbuat dosa (takwa). Jika fikiran tinggi, manusia itu akan mudah menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Orang yang rajin berfikir ini akan nampak betapa pentingnya hatinya sendiri disucikan daripada penyakit. Penyakit hati bermula dari rasa ragu-ragu seterusnya kepada hasad dengki. Rugilah orang yang mengotori hatinya sendiri dengan mengutuk dan mencela orang lain kerana perbuatan itu hanya akan mengundang azab Allah. Orang yang mengutuk dan mencela orang lain, Allah akan mencampak balik apa yang pernah dikutuknya itu tepat ke mukanya sendiri.

Bersihkanlah kebun yang Allah berikan khas pada kita iaitu jiwa kita ini. Pastikan tiada kekotoran di dalamnya agar kita terselamat dari azab neraka. Hendak mencuci kekotoran hati kena rajin mengkaji tanda-tanda Kekuasaan Allah agar terbit rasa kehambaan dalam diri. Terasa diri kita kerdil di sisiNya. Setiap masa rasa dambakan cinta suciNya. Ingin ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

11. (Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) karena mereka melampaui batas,

12. ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka,

13. lalu Rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka: (”Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya.”

14. Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah),

15. dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-Nya itu.

Kisah kaum Tsamud adalah pengajaran bagi kita supaya tidak menjadi bangsa yang malas berfikir sehingga terpaksa berkongsi air minuman dengan unta betina. Unta tersebut adalah ujian untuk mereka kerana kelalaian mereka membangunkan akal fkiran. Jika mereka adalah kaum yang rajin berfikir dan mengkaji, sudah tentu mereka mampu membina teknologi pengairan untuk kesenangan mereka. Tetapi akibat pemalas berfikir dan hanya mahu hidup bersenang-lenang di atas dunia Allah ini, hati mereka menjadi gelap. Tidak tahu mencari penyelesaian atas masalah sumber air yang dihadapi.

Sudahlah gelap hati, ada di kalangan mereka yang paling celaka, iaitu orang yang paling kuat kedengkiannya yang menyuruh disembelih unta itu kerana tidak percaya dengan seruan Rasul Allah yang mahu unta itu dibiarkan meminum air dari sumber yang digunakan oleh kaum Tsamud. Akibat kedustaan mereka, Allah mengazab kaum yang sudah rendah tahap akalnya dari binatang ternak.

Keadaan ini yang boleh kita lihat apa yang berlaku di dalam dunia sekarang di mana bangsa-bangsa yang malas berfikir dan suka hidup berpecah-belah serta dengki-mendengki mendapat azab peperangan. Hidup mereka terhimpit dengan peperangan tanpa kesudahan. Allah memberikan Kekuasaan kepada orang keturunan Yahudi dan Nasrani untuk menguasai dunia kerana kelalaian umat Islam sendiri bahawa pembangunan akal fikiranlah yang paling mustahak. Jika beragama secara menurut dan taksub tanpa mahu meneroka Quran mengikut kesesuaian zaman, macam mana keindahan Islam hendak diperlihat secara logik dan bukti-bukti yang nyata agar mudah difahami oleh bangsa lain?

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply