At Takaatsur (Bermegah-megahan)

1. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,

2. sampai kamu masuk ke dalam kubur.

Ada manusia bermegah-megahan mengejar kemewahan duniawi. Ada manusia bermegah-megahan menunjuk perhiasan diri. Ada manusia bermegah-megahan untuk memperlihat dia lebih alim dari orang lain. Ada yang bermegah-megahan dia lebih bijak daripada orang lain. Sedangkan segala kurniaan Allah itu semuanya datang daripada Allah. Dan tidak layak kita bermegah-megahan merasakan kelebihan itu. Adalah lebih baik kelebihan itu digunakan untuk mengajak sesama manusia memuji Allah. Bukannya memuji diri.

Jika memuji Allah, kita semakin merendah diri. Semakin rasa rendah diri, semakin kita mengenali diri. Semakin mengenali diri, semakin kita mensucikan hati. Semakin hati disucikan, semakin hidup dalam ketenangan dan kesabaran. Itulah manusia yang berjaya dalam hidupnya di dunia dan di akhirat.

Namun bagi manusia yang lalai, nikmat yang Allah beri digunakan untuk bermegah-megahan. Bila Allah beri nikmat, terasa diri dimuliakan hingga lupa diri. Bila Allah uji dengan sesuatu kesusahan, terasa diri dihina. Hidup dalam resah dan gelisah. Suka mengeluh bila mendapat kesusahan. Akhirnya tidak sedar umur semakin sedikit untuk kembali ke dalam tanah. Sedangkan semua nikmat dan dugaan itu hanya ujian yang Allah berikan untuk menentukan sama ada kita termasuk dalam golongan sabar atau golongan yang bongkak.

3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

4. dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,

6. niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,

7. dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin.

Janganlah kerana bermegah-megahan itu menyebabkan kita lupa Allah. Sebab apabila manusia itu melupai Allah pasti hati jadi tidak tenang. Bila hati tidak tenang, akal tidak mampu berfikir panjang. Bila tidak berfikir panjang, mudah tertipu dengan bisikan syaitan. Bila tertipu dengan syaitan, jantung mula berdebar kencang. Debaran menyebabkan manusia mudah tertekan dan akhirnya terhambur marah dan sumpah seranah. Rasa panas hati itulah azab neraka ketika di dunia.

Kelak setelah mati, azab neraka Jahiim akan dilihat dengan yakin seperti mana manusia itu yakin di atas dunia dia sudah merasai azab panas hati yang meresahkan itu. Itulah logik ayat-ayat Quran yang boleh kita fikirkan dan rasai bila kita termasuk dalam golongan yang berfikir. Supaya orang yang beriman dengan hari akhirat itu akan berusaha memperbaiki diri.

8. kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

Setiap nikmat yang Allah berikan kepada kita akan ditanya ke mana perginya. Adakah nikmat itu kita gunakan untuk menolong agama Allah atau untuk hidup semakin lalai dan menjauhiNya? Adalah tidak patut kita mengabaikan Allah sedangkan Dia amat baik terhadap hamba-hambaNya yang berserah diri. Allah yang berikan kita rasa tenang dan damai, dan Dia juga yang berkuasa mengazab kita dengan hidup yang meresahkan.

Bagaimana kita mampu keluar daripada azab Allah sedangkan semesta alam ini milikNya? Tidak sampai lagi waktu untuk kita berubah kembali kepadaNya dengan berserah diri? Janganlah kita menjadi seperti kaum yang engkar terdahulu yang mengambil waktu yang lama untuk berubah walaupun telah datang utusanNya untuk memberi peringatan. Dan tidaklah waktu yang panjang itu menjadikan mereka berserah diri kepada Allah, sebaliknya hati mereka bertambah menjadi keras. Dan mampukah mereka menentang Allah walau sekeras mana keengkaran mereka? Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Mengasihi.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply