Sinar Dalam Meniti

Sejak pertemuan itu, Adi mula mengenal erti perjuangan hidupnya. Pengalaman lalu berguna menjadi panduan untuk menempuh hari mendatang. Namun adakalanya manusia tidak memahami dirinya sendiri. Kerana kita sebenarnya hanyalah hamba kepada Yang Esa. Kita cuma diberi pilihan di antara dua nilai yang berbeza. Adakah akal lebih bernilai dari nafsu atau sebaliknya? Begitulah sebenarnya erti petarungan makhluk yang bernama insan.

Kehadiran Hawa dalam suri hidup Adam mewarnai alam. Ada manis, pasti ada juga pahitnya. Ada gembira, pasti ada dukanya. Segala seribu macam rasa dikecapi agar manusia itu semakin menunduk diri. Tunduk kepada Kekuasaan Yang Maha Kuasa. Agar keindahan dan kedamaian syurga yang abadi mampu dimiliki.

Berjayakah Adi dalam perjuangannya? Apakah impian setakat kehadiran di dalam mimpi-mimpinya? Apakah ada harapan di sebalik kegagalan? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi. Kesabaran dan kepasrahan penentu kejayaan memiliki kemenangan di suatu hari yang setiap jiwa bergantung pada segala yang telah diusahakan.

Bab 1 (Pertemuan)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply