Langkah Permulaan
Rusuh Resah Usman Awang
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
Viewed 241 times by 129 viewers



























Takkan Melayu Hilang Di Dunia??
October 22nd, 2009 at 8:48 pmmelayu semakin hilang….islam makin bersinar….
November 8th, 2009 at 3:52 pmMelayu semakin hilang? Kalau nak ikut kata Tuah, tak kan melayu hilang di dunia..
November 12th, 2009 at 4:51 pmhakikatnya nilai2 kemelayuan semakin hilang…..
November 15th, 2009 at 9:02 amHilang pada yang tidak menghargai dan terlalu teruja dengan pembaharuan dan kemodenan serta kecanggihan.
Kekadang terlalu mencari untuk pembaharuan membuatkan kita sendiri terkeliru dan tersepit. Sama ada untuk meneruskan apa yang ada atau terus mencari pembaharuan yang terkadang tidak dapat diterima oleh manusia sejagat.
Daripada kita terus mencari sesuatu yang kita sendiri tiada kepastian tentangnya, adalah amat baik juka kita memantapkan lagi dan menguatkan lagi apa yang kita ada. Masa tak berlalu tanpa tiada erti dan realiti didepani penuh maknawi
November 17th, 2009 at 3:55 amApabila manusia hidup secara menurut membuta-tuli, hilanglah jati dirinya.
“Janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui. Setiap penglihatan dan pendengaran akan ditanya.”
November 17th, 2009 at 5:40 am40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia mendatangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia telah mati, kamu berkata, ‘Allah tidak akan membangkitkan seorang rasul selepas dia.’ Begitulah Allah menyesatkan orang yang melampaui batas, dan yang ragu-ragu.”
40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian pada pandangan Allah, dan orang-orang yang beriman; demikianlah Allah menutup setiap hati yang sombong, bongkak.
Ketika Nabi Muhammad dibangkitkan sebagai Rasul, ramai manusia di zaman baginda ragu-ragu dengan apa yang baginda sampaikan. Sehingga setalah baginda wafat, ramai manusia berkata “Allah tidak akan membangkitkan Rasul selepas baginda.”
Apakah manusia itu telah diberi kuasa oleh Allah untuk menentukan bangkit atau tidak seseorang Rasul itu? Begitulah Allah menutup setiap hati yang sombong dan bongkak dengan ayat-ayatNya.
November 21st, 2009 at 9:40 amsalam ikhwan…
Perjuangan sebenar melalui tajuk sebenar site ini ‘Panji Hitam’, adalah besar maknanya bagi kami…
Tetapi perjuangan perlu berani berserta Hati, Roh & Akal yang tidak bersifat duniawi semata iaitu berkepentingan. Kerana ‘Pandang satu pada yg bnyk…’ berserta ‘Kasih Sayang’ yang undivined…
Bawalah sebenar Kasih Sayang insan untuk menyatukan bangsa dan agama…Love, Peace & Joy, Nafi & Isbat tidak pernah berpisah…
Mari Berjuang, Ikhlas & Sabar…
December 21st, 2009 at 9:18 amKita boleh melihat dunia yang besar ini dalam mata yg kecil. Pejamkanlah mata kamu, dan semasa pejam, soal diri kita. Adakah aku nampak dunia ini???
Buka mata, soallah diri semula. apakah hubungan aku dgn dunia ini???
LAILAHAILLALLAH…
December 21st, 2009 at 9:30 amSalam
Perjuangan Panji Hitam bermula dengan berpegang pada logik untuk membersihkan jiwa daripada unsur-unsur dusta dan thaghut.
Dengan menggunakan logik, hati akan dineutralkan untuk memandang sesama manusia secara adil dan saksama. Ini kerana peraturan-peraturan alam (Sunnah) yang telah Allah tetapkan ini bersifat adil tanpa mengira kaum atau puak.
Apabila sesuatu kaum itu sampai kepada keadaan yang melayakkan mereka mendapat balasan baik, maka kaum itu akan mendapat kebaikan.
Dan apabila sesuatu kaum itu sampai kepada keadaan yang melayakkan mereka mendapat balasan buru, maka kaum itu akan ditimpa bencana seperti yang terjadi pada umat-umat terdahulu.
Allah menilai manusia bukan pada akuan mulut mereka, tetapi pada sifat-sifat mereka. Sifat-sifat manusia akan berubah berdasarkan sejauh mana kemantapan ilmu di dada.
December 21st, 2009 at 10:44 amKeadilan utk semua pihak…
Surah Al-Maidah ayat 8…
Sandaran pada logik membenarkan kata-kata akal yg penuh tipudaya…Mulalah dari hati nurani…sampaikan maklumat kepada akal…pasti jawapan dengan keterangan dan penerangan yg sangat terang dan menyuluh jiwa…
ISLAM, IMAN, EHSAN…
SYUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH, SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH…
PERJUANGAN PANJI HITAM BKN SEMBARANGAN…BERPANDUKAN AL-QURAN & HADIS…
December 21st, 2009 at 11:01 amUlamak Nasrani mengatakan Al Masih Isa itu adalah anak Allah. Tetapi apakah logiknya? Tiada…
Nabi Muhammad membawa ayat 23:91 dan 17:42 untuk membuktikan Allah itu Esa secara logik.
Jika dikatakan logik itu penuh tipudaya, bermakna manusia itu mengatakan Nabi Muhammad itu penipu?
Bayangkanlah untuk membuktikan Keesaan Allah pun baginda sudah bawakan kata2 yang logik difikirkan, macam mana manusia itu nak tegakkan Perjuangan Panji Hitam tanpa guna logik?
Sedangkan antara benang hitam dengan benang putih pun ada logik untuk membezakan di antara keduanya, apa lagi nak tegakkan Panji Hitam.
December 21st, 2009 at 2:22 pmOrang yang tidak nampak logik2 yang membezakan warna hitam dan putih, dia dipanggil buta warna.
Orang yang tidak nampak logik2 yang membezakan huruf A dan huruf B, dia dipanggil buta huruf.
Maka, orang yang beragama tak nampak logik2 segala amalan yang dituruti turun-temurun, itulah orang yang menurut membuta-tuli.
Dan orang yang telah diseru kembali kepada peraturan alam yang logik ini, tetapi mereka tetap engkar, itulah orang yang buta hati.
17:72. Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat, ia akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan.
December 21st, 2009 at 8:04 pm53:27. Sesungguhnya orang-orang yang tiada beriman kepada kehidupan akhirat, mereka benar-benar menamakan malaikat itu dengan nama perempuan.
Apa logiknya malaikat itu berjantina perempuan? Macam mana mereka tetapkan nama2 perempuan untuk malaikat?
53:28. Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran.
Tidaklah yang menetapkan sesuatu itu tanpa adanya logik, menunjukkan manusia itu mengikut persangkaan belaka.
53:29. Maka berpalinglah dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi.
Orang yang mengikut persangkaan itu hakikatnya tidak menginginkan akhirat, melainkan inginkan kemegahan atas nama ajaran tradisi mereka sahaja.
Akhirat adalah alam yang kekal. Jika manusia itu percaya kepada akhirat, sudah pasti dia akan berpegang pada sesuatu yang bersifat kekal (ilmu), bukannya persangkaan semata2.
December 22nd, 2009 at 6:07 amYg kekal sebenar-benar kekal adalah ilmu2 dari Kitabullah…perbezaan ilmu yang bersifat kekal (hakiki)dengan ilmu yg bersifat basyariah…tuan pasti lebih arif…
Logik akal yg dimaksudkan tidak lari dari Al-Quran & hadis. Iktikad Ahli Sunnah Wal-Jamaah…
Cuba Tuan cari di dalam Al-Quran tentang cerita-cerita Ahli Kitab ini…
Maksud perbezaan adalah dua unsur yg berpasang-pasangan. Ada untung ada rugi. Ada kasih ada syg. Ada berat ada ringan…Nafi & Isbat tidak akn bercerai.
Logik yang dimaksudkan saya tidaklah hanya di mata yang bersangkut-paut sepenuhnya dengan penaakulan akal 100%…tetapi secara hakikatnya…Saya tidak akan sangkut-pautkan secara direct pada al-quran…Tuan boleh berfikir dengan logik maksud saya…sambil-sambil merenung kata-kata hikmah dari saya…sambil-sambil tuan menyelak hakikat Al-Quran…melalui tafsirnya…
Ibarat mengkaji anatomi badan pada lembaganya…kenapa kita tidak mengkaji isinya???
JIKA TUAN FAHAM…LOGIK INI PERLU…TETAPI BAHAYANYA KEBANYAKKAN YG JD HAMBA HURUF…IBARAT SEORANG YANG KERASUKAN DIBACA SURAH LAZIM…APABILA SEMBUH…DIKATA SURAH YG HEBAT…BUKAN DI SEBALIK SURAH ITU…WALLAHUALAM…
December 29th, 2009 at 9:26 amBagi saya mudah sahaja. Bila ada orang bawa ajaran tak logik, saya nak suruh dia buktikan boleh tak dia bernafas tanpa logik (tak guna oksigen) atau minum air panas seperti besi mendidih tanpa memberi mudarat kepada dirinya?
Kalau dia sanggup buktikan dengan ajaran2 tak logiknya itu dia boleh hidup tanpa oksigen dan minum benda2 yang tak logik diminum, itu membuktikan dia benar.
Tapi kalau dia tak boleh buktikan, lebih baik saya taat kepada Pengatur alam ini yang mengurniakan saya nikmat2 yang logik2 belaka. Saya tidak mahu jadi orang2 yang kufur nikmat.
December 30th, 2009 at 11:32 amDaripada kisah2 kaum kafir terdahulu yg direkodkan dalam Al Quran, yang menyebabkan mereka jadi hamba2 syaitan adalah akibat tak berfikir secara logik.
Bila pembesar2 agama mereka tetapkan cara ibadat dengan sembah patung2, mereka turuti biarpun tiada logik dalam ketetapan tersebut.
Bila pembesar2 agama mereka tetapkan anak2 perempuan untuk Allah dan anak2 lelaki untuk mereka, maka mereka turuti dengan membunuh bayi2 perempuan mereka biarpun tiada logik dalam ketetapan tersebut.
Bila pembesar2 agama mereka tetapkan yang Allah itu beranak, mereka pakai2 turut percaya walaupun tiada logik dalam ketetapan ulamak2 mereka itu.
Di sini kita nampak, sesuatu agama itu akan terpesong bila menjauhi logik. Akhirnya mereka jadi pengikut syaitan bila sudah tidak mampu berfikir baik buruk lagi. Betapa bahayanya hidup menolak logik.
December 30th, 2009 at 5:15 pm