Melayu Mudah Lupa

Sikap malas menggunakan akal menyebabkan manusia itu mudah lupa. Mereka mudah lupa sejarah kaum mereka sendiri sehingga terus mengulangi kesilapan nenek moyang mereka dahulu. Yang hairannya, amalan ritual nenek-moyang mereka tahu pula mereka ingat, tetapi pengajaran kesilapan nenek-moyang mereka dibuat-buat lupa pula. Begitulah kesan buruk penyakit tidak menggunakan akal ini.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

Nukilan: Tun Mahathir Mohamad

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Viewed 531 times by 309 viewers

2 Responses to “Melayu Mudah Lupa”

  1. Mat Guyver Says:

    Mahathir mudah lupa, hehehehehehe……………

    Walaupun ada banyak isu yang boleh dipertikaikan semasa pemerintahan Tun, tapi beliau juga PM Malaysia paling hebat.

    Banyak asas-asas kemajuan ekonomi, sains, teknologi dan sosial telah ditanam semasa zaman Tun. Mungkin ada asas yang telah gagal tapi kita sebagai generasi muda patut berasa bertuah kerana berpeluang menggunakan asas-asas ini untuk ke tahap kemajuan dan kekayaan yang lebih tinggi.

    Tapi ada isu yang membuatkan saya menyampah dengan Tun Mahathir ni. Beliau banyak menanamkan budaya kronisme dan nepotisme dalam masyarakat Malaysia.

    Inilah yang perlu diperbaiki oleh PM sekarang. Kalau nak ungkit pun, Tun dah tua. Lebih baiklah dia duduk di rumah main dengan cucu-cicit daripada bergelumang dengan politik Malaysia yang semakin haru-biru.

  2. Kerasma Says:

    Tiada pemimpin yang sempurna. Namun, kita jangan tengok pada yang negatif kalau nak maju. Kena lihat pada yang positif.

    Ketika Allah mahu mengangkat manusia sebagai khalifah, ada malaikat yang mempertikainya dengan melihat pada keburukan manusia. Namun Allah melihat pada keupayaan Adam yang lebih berpengetahuan daripada malaikat itu.

    Keupayaan pengetahuan Tun M memang tidak boleh dipertikaikan. Haru-birunya politik negara kerana dalam masyarakat kita, ramai yang suka melihat pada yang negatif daripada yang positif. Mereka tidak menggunakan penilaian seperti mana Allah menilai Adam dahulu.

Leave a Reply