Pengenalan

Apakah matlamat manusia diciptakan?

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al Baqarah: 30)

Apakah ciri-ciri utama seorang khalifah?

Dan Dia mengajar Adam nama-nama, kesemuanya, kemudian Dia mengemukakannya kepada para malaikat. Dia berkata, “Sekarang beritahu Aku nama-nama ini semua, jika kamu berkata benar.” Mereka berkata, “Engkau disanjung! Kami tidak ada pengetahuan melainkan apa yang Engkau telah mengajar kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.” Dia berkata, “Wahai Adam, beritahu mereka nama-namanya”, maka setelah dia memberitahu mereka nama-namanya, Dia berkata, “Tidakkah Aku mengatakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib di langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu menampakkan dan apa yang kamu sembunyikan?” (Al Baqarah: 31~33)

1) Mempunyai semangat ingin tahu. Jika Adam seorang yang malas belajar, mampukan dia mengenal nama-nama yang Allah ajar?

2) Berilmu. Mampu mengenal sifat-sifat yang dimiliki oleh nama-nama tersebut. Sekadar menghafal sesuatu nama, tanpa mengenal sifat-sifat yang dimiliki oleh sesuatu nama, manusia itu belum boleh dikatakan seseorang yang berilmu. Contohnya, orang yang berilmu, dia mampu membezakan (Furqaan) apa itu besi dan apa itu kayu berdasarkan sifat-sifat yang ada pada kedua-dua benda itu.

3) Berkeupayaan menyampaikan segala yang dia tahu. Ada manusia belajar sesuatu perkara, tetapi untuk menyampaikan balik apa yang dipelajari, dia tidak mampu. Ini menunjukkan manusia itu tidak mencapai tahap kefahaman melainkan hafalan semata-mata. Kerana itu, belajar biarlah sampai faham, barulah kita yakin nak menyampaikan balik apa yang kita pelajari.

Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.  (Al Baqarah: 37)

4) Bertaubat. Cepat sedar dari kesalahan dan segera memperbaiki diri.  Ini yang dinamakan “close loop system” yang fitrahnya ada dalam diri seseorang manusia. “Close loop system” menjadikan seseorang manusia ini dinamik dan output daripada dirinya sentiasa stabil dan seimbang (adil). Rujukan (reference) bagi “close loop system” adalah Sunnah (ketetapan Allah) yang disampaikan melalui petunjuk.

Mengikut ketetapan Allah (Sunnah), kaum yang kuat, kedudukannya akan ditinggikan berbanding kaum yang lemah. Berdasarkan rujukan ini, perbandingan dengan bangsa-bangsa yang lain menunjukkan umat Islam sekarang berkedudukan yang rendah dan berkeadaan lemah. Tidak mungkin ajaran Quran yang sebenar setakat melahirkan umat yang lemah dan hina, sedangkan kita dikhabarkan perihal zaman Kegemilangan Islam dahulu.

Kelemahan umat sekarang  seolah-olah sudah menidakkan kebenaran Quran itu sendiri. Atas kesedaran inilah aku mula mengorak langkah untuk menegakkan Panji Hitam untuk mencari jawapan punca-punca keruntuhan umat Islam sekarang. Dengan mengenal punca-punca kelemahan umat Islam, maka mudahlah kita memperbaiki keadaan.

Apakah erti Panji Hitam itu?

Panji atau bendera melambangkan status atau tanda. Jika terkibarnya bendera putih menandakan menyerah kalah, maka Panji Hitam bermakna sebuah kemenangan. Mengibarkan Panji Hitam bermakna perjuangan mencapai kemenangan.

Kemenangan apakah yang ingin dicapai dalam hidup ini? Apakah sekadar kemegahan nama mengecap perhiasan duniawi yang sementara? Atau kemenangan yang hakiki?

Seseorang yang berfikir panjang pasti akan mencari kemenangan yang hakiki atau bersifat kekal. Kemenangan yang memberikan ketenangan dan kepuasan yang mutlak kepada mereka yang berjuang ke arah ini.

Secara peribadi, Panji Hitam memberi maksud perjuangan menaikkan semangat. Hidup ini tanpa ertinya jika kita berada dalam keadaan lemah semangat. Kita harus berjuang menaikkan semangat biar sesukar mana dugaan yang kita tempuhi. Kita kena sentiasa mencari jalan keluar dari segala masalah yang dihadapi. Sentiasa optimis untuk mengharungi cabaran masa hadapan.

Jika melihat nasib umat Islam sekarang lemah, pasti ada jalan keluar dari kelemahan tersebut. Tidak mungkin Allah jadikan umat Islam menerima nasib yang malang sampai bila-bila. Jika masyarakat Eropah boleh keluar dari Zaman Gelap mereka, apakah umat Islam sekarang tidak mampu keluar sedangkan kita ada Al Quran yang lengkap dan sesuai untuk sepanjang zaman. Apa ertinya kita mengatakan Al Quran itu syumul sedangkan kita sendiri tidak tahu bagaimana nak aplikasikan Kitab Allah ini bagi memperbaiki nasib rata-rata umat Islam sekarang?

Kesedaran yang Allah berikan setelah melihat nasib malang dan lemah umat Islam sejak kekalahan perang di Afghanistan, Iraq dan Palestin ditambah pula dengan kejadian tsunami yang berlaku di Achech beberapa tahun lalu banyak mendorong aku mula memikirkan apakah ertinya Islam yang sebenar. Sebagai orang yang berketurunan Islam, sudah tentu aku tidak mahu maruah Islam tercemar disebabkan tangan-tangan umat Islam sendiri.  Maka, bermulalah perjuangan Panji Hitam yang Allah amanahkan ini.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Viewed 250 times by 142 viewers

2 Responses to “Pengenalan”

  1. Adila Says:

    Satu masa dahulu, tahun lepas, bulan March lepas, aku telah cipta puisi ini bertemankan bakal srikandi. Kami berym dan berchatting sampai ke pagi…kenangan indah antara aku dan dia mana mungkin akan kabur begitu sahaja…

    Katanya dia suka rangkap yang ada disebut ‘kerah semangat orang muda…”

    http://www.shahdila.com/2008/03/puisi/panji.html

  2. Adila Says:

    Hari ni merupakan hari aku dan srikandi dipertemukan. Kemesraan dan keramahan antara kami tetap tersemat di dalam hati.

Leave a Reply